CERIAKAN HARI ANDA
Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....
Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia
ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia
ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
Sebab utama seseorang membenci anda adalah
kerana dia ingin menjadi seperti anda.
Senyuman daripada anda boleh membawa
kebahagiaan kepada seseorang, walaupun
dia tidak menyukai anda.
Setiap malam ada seseorang mengingati
anda sebelum dia tidur.
Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
Kalau bukan kerana anda, seseorang itu
tidak akan hidup bahagia.
Anda seorang yang istimewa dan unik.
Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi
anda.
Apabila anda membuat kesilapan yang
sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,
fikirlah semula; mungkin anda yang
meminggirkan mereka.
Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai
peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda
ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat-laun anda akan memperolehinya.
Kenangilah segala pujian yang anda terima.
Lupakan segala makihamun, caci & cela.
Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda;
anda akan merasa senang bila seseorang
mengetahuinya.
Sekiranya anda mempunyai sahabat baik,
ambillah masa untuk memberitahunya yang
dia adalah yang terbaik.
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,
sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya,
tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
No comments:
Post a Comment